Friday, January 8, 2016

MENGAPA SAYA GEMBIRA MENJADI PENGETUA – Saya Boleh Kongsikan Perkara Yang Saya Baca.

Saya gembira menjadi pengetua kerana perkara yang saya baca dapat saya kongsikan dengan pelajar-pelajar. Saya membaca bahan-bahan daripada internet, buku, surat khabar, majalah dan sebagainya boleh saya berkongsi dengan guru-guru dan pelajar-pelajar saya. Buku yang  dibaca oleh pengetua boleh ditunjukkan kepada pelajar-pelajar semasa perhimpunan. Secara tidak langsung dapat menarik minat membaca dalam kalangan pelajar-pelajar. Perkara ini boleh dianggap sebagai salah satu suri teladan yang boleh dicontohi oleh pelajar-pelajar.

Tindakan ini secara langsung mearik minat pelajar untuk turut sama membaca buku dan memberikan impak kepada program NILAM dan merupakan satu aktiviti Kem Membaca 1 Malaysia. Daripada bahan-bahan yang dibaca kita boleh mencari grafik atau bahan yang sesuai sebagai pengukuhan untuk ditampal di dalam kelas atau di ruangan papan kenyataan pengetua. Dalam masa setahun kita telah membaca buku dan sebagainya sebanyak 40 buah dan menghasilkan bahan grafik sebanyak 40 keping.

Banyakan sepanjang kita menjadi pengetua berapa banyak yang kita boleh kongsikan dengan guru-guru daan pelajar. Kita juga boleh kongsikan bahan yang kita baca kepada guru-guru dalam pertemuan mentor dan mentee dalam aktiviti guru penyanyang dan perjumpaan kokurikulum. Buku yang kita baca juga boleh dimasukan dalam splg bagi menggantikan bilangan hari kita berkursus. Membaca ini juga selaras dengan hasrat Menteri Pendidikan yang menyarankan PGB membaca buku sebanyak 3 buah sebulan.

Selain itu tabiat membaca dan berkongsi bahan bukan sahaja menjadikan kita sebagai seorang yang berilmu malahan perhimpunan setiap awal minggu juga lebih terarah kepada perkara yang hendak disampaikan. Betul perkara ini sepeti membebankan kita, namun kita boleh berkongsi dengan pengurusan yang lain. Di sekolah terdapat penolong-penolong kanan, iaitu Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hem dan Penolong Kanan Kokurikulum. Sekiranya dibahagikan 40 minggu persekolahan kita cuma kita perlu menyediakan sebanyak 10 sahaja, iaitu sebanyak satu kali dalam masa sebulan.

Sekiranya membaca merupakan perkara yang berat bagi kita, banyak kaedah yang boleh kita gunakan untuk menjadikannya lebih ringan. Kita boleh rujuk Internet untuk mengetahui cara membaca dengan pantas dan sebagainya. Membaca ini bukan sahaja memberikan ilmu tambahan kepada kita, membaca juga berupaya mengisi masa lapang kita dengan aktiviti yang bermanfaat dan membaca juga merupakan senaman minda buat kita. Tidak salah sekiranya saya katakana guru-guru akan lebih menghormati kita sekirannya kita berilmu dan rajin membaca. Membaca juga menjadikan masa-masa saya sangat berharga.

BUKU PANDUAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN ABAD 21                              Harga : RM 30 (Termasuk bayaran pos) PM : 01...