Saya gembira
menjadi pengetua kerana perkara yang saya baca dapat saya kongsikan dengan
pelajar-pelajar. Saya membaca bahan-bahan daripada internet, buku, surat
khabar, majalah dan sebagainya boleh saya berkongsi dengan guru-guru dan
pelajar-pelajar saya. Buku yang dibaca oleh
pengetua boleh ditunjukkan kepada pelajar-pelajar semasa perhimpunan. Secara
tidak langsung dapat menarik minat membaca dalam kalangan pelajar-pelajar.
Perkara ini boleh dianggap sebagai salah satu suri teladan yang boleh dicontohi
oleh pelajar-pelajar.
Tindakan ini
secara langsung mearik minat pelajar untuk turut sama membaca buku dan memberikan
impak kepada program NILAM dan merupakan satu aktiviti Kem Membaca 1 Malaysia.
Daripada bahan-bahan yang dibaca kita boleh mencari grafik atau bahan yang
sesuai sebagai pengukuhan untuk ditampal di dalam kelas atau di ruangan papan
kenyataan pengetua. Dalam masa setahun kita telah membaca buku dan sebagainya
sebanyak 40 buah dan menghasilkan bahan grafik sebanyak 40 keping.
Banyakan
sepanjang kita menjadi pengetua berapa banyak yang kita boleh kongsikan dengan
guru-guru daan pelajar. Kita juga boleh kongsikan bahan yang kita baca kepada
guru-guru dalam pertemuan mentor dan mentee dalam aktiviti guru penyanyang dan
perjumpaan kokurikulum. Buku yang kita baca juga boleh dimasukan dalam splg
bagi menggantikan bilangan hari kita berkursus. Membaca ini juga selaras dengan
hasrat Menteri Pendidikan yang menyarankan PGB membaca buku sebanyak 3 buah
sebulan.
Selain itu
tabiat membaca dan berkongsi bahan bukan sahaja menjadikan kita sebagai seorang
yang berilmu malahan perhimpunan setiap awal minggu juga lebih terarah kepada
perkara yang hendak disampaikan. Betul perkara ini sepeti membebankan kita,
namun kita boleh berkongsi dengan pengurusan yang lain. Di sekolah terdapat
penolong-penolong kanan, iaitu Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hem
dan Penolong Kanan Kokurikulum. Sekiranya dibahagikan 40 minggu persekolahan
kita cuma kita perlu menyediakan sebanyak 10 sahaja, iaitu sebanyak satu kali dalam
masa sebulan.
Sekiranya membaca
merupakan perkara yang berat bagi kita, banyak kaedah yang boleh kita gunakan
untuk menjadikannya lebih ringan. Kita boleh rujuk Internet untuk mengetahui
cara membaca dengan pantas dan sebagainya. Membaca ini bukan sahaja memberikan
ilmu tambahan kepada kita, membaca juga berupaya mengisi masa lapang kita
dengan aktiviti yang bermanfaat dan membaca juga merupakan senaman minda buat
kita. Tidak salah sekiranya saya katakana guru-guru akan lebih menghormati kita
sekirannya kita berilmu dan rajin membaca. Membaca juga menjadikan masa-masa
saya sangat berharga.