Meningkatkan
Pengurusan Pencerapan Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21 Melalui Pendekatan
“Touch and Go”
Oleh:
Kamarulzaman
Ismail
SMK Pengkalan Berangan
Abstrak
Berdasarkan rekod pencerapan yang
dilakukan oleh pengurusan dan ketua panitia di SMK Pengkalan Berangan didapati
kurang memberangsangkan. Kaedah pengurusan pencerapan pengajaran yang berkesan
dalam pengajaran dan pembelajaran abad ke 21 mampu mempercepatkan pengamalan
dalam kalangan guru-guru. Tinjauan awal dibuat melalui temubual bersama–sama
pengurusan dan ketua panitia didapati pengurusan pencerapan yang digunakan tidak
mesra. Kajian ini dijalankan untuk memastikan berlaku peningkatan dalam
pencerapan dan pemantauan amalan pengajaran dan pembelajaran abad 21. Kajian
ini juga bertujuan untuk melihat pengurusan pencerapan pengajaran dan
pembelajaran abad 21 dalam kalangan pengurusan dan ketua panitia terhadap
guru-guru melalui kaedah Touch and Go
di sekolah. Kajian ini dilaksanakan di SMK Pengkalan Berangan yang bebentuk
kualitatif telah menggunakan kaedah pemerhatian dan temubual ke atas 9 orang
pengurusan dan 11 ketua panitia. Dapatan kajian menunjukkan pengurusan
pencerapan pengajaran dan pembelajaraan melalui kaedah ini menunjukkan berlaku
peningkatan pencerapan dalam kalangan pengurusan dan ketua panitia serta
mempercepatkan amalan pengajaran abad 21 dalam kalangan guru di sekolah.
1.0 Refleksi
Semasa saya mula-mula bertugas di
sekolah ini pada 15 Mei 2014, saya dapati pencerapan pengajaran dan
pembelajaran abad 21 kurang dilaksanakan. Oleh sebab itu, satu tindakan perlu
dirancang dan dilaksanakan dengan segera memandangkan pengajaran dan
pembelajaran abad 21 wajib dilaksanakan pada tahun 2017. Satu pemerhatian
berkaitan pengurusan pencerapan dan pengajaran abad 21 dalam kalangan pengurusan
dan ketua panitia sangat rendah dan ini merupakan salah satu punca penataran
pengajaran dan pembelajaran abad 21 di SMK Pengkalan Berangan tidak berada pada
tahap yang sebenar seperti yang dihasratkan oleh kerajaan. Hasil temu bual dan
maklum balas daripada pengurusan dan ketua panitia didapati beberapa kesulitan
timbul semasa pencerapan. Setelah dibuat analisa saya dapati perlu satu program
“Touch and Go” dilaksanakan bagi peningkatan pencerapan pengajaran dan
pembelajaran abad 21dalam kalangan pengurusan dan ketua panitia di SMK Pengklana
Berangan.
2.0 Fokus
Kajian
Fokus
kajian ini berkisar kepada meningkatkan pengurusan pencerapan pengajaran dan
pembelajaran abad 21 dalam kalangan pengurusan dan ketua panitia terhadap
guru-guru. Faktor tiada pendekatan yang khusus menyebabkan keadaan pencerapan
sebelum ini seolah-olah rumit dan sukar diamalkan dan pencerap tidak menguasai
kaedah pengajaran dan pembelajaran abad 21. Jika amalan pencerapan ini tidak
menjadi satu budaya, perkara ini akan melambatkan perlaksanaan pengajaran dan
pembelajaran abad ke 21 di sekolah. Oleh sebab itu, satu kaedah cuba digunakan melalui
pendekatan “Touch and Go” dalam kalangan pengurusan dan ketua-ketua panitia.
3.0 Objektif
Kajian
3.1 Objektif
Umum
Bagi
memastikan pencerapan pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu cara
yang boleh dijadikan salah satu cara pengajaran dan pembelajaran abad 21
dilaksanakan.
3.2 Objektif
Khusus
3.2.1
Meningkatkan
amalan pengajaran dan pembelajaran abad 21.
3.2.2
Meningkatkan
pencerapan dalam kalangan pengurusan dan ketua panitia.
3.2.3
Membantu
guru-guru dalam pengamalan pengajaran dan pembelajaran abad 21.
4.0 Kumpulan
Sasar
Kumpulan
sasar kajian ini melibatkan 9 orang pengurusan 11 orang ketua panitia.
5.0 Perlaksanaan
Kajian
5.1 Tinjauan
Masalah
5.1.1
Pemerhatian
pada bulan Jun didapati kurang pencerapan dan perlaksanaan pengajaran dan
pembelajaraan berdasarkan keaedah abad 21.
5.1.2
Mengadakan
pertemuan empat mata dengan pengurusan dan ketua panitia sepanjang bulan Jun
untuk mengenal pasti kelemahan serta kekangan sehingga pencerapan perlaksanaan
pengajaran dan pembelajaran abad 21 kurang dilaksanakan
5.1.3
Membuat
analisis kekerapan pengurusan dan ketua panitia melaksanakan pencerapan.
5.1.4
Pencerapan
dan pemantauan pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah abad 21 perlu
dipertingkatkan.
5.2 Analisis
Tinjauan Awal
5.2.1
Guru-guru
perlu diberi pendedahan berkaitan pengajaran dan pembelajaran abad 21
5.2.2
Panduan
pencerapan perlu ditaklimatkan kepada pengurusan dan ketua panitia
5.3 Tindakan
Yang dijalankan
Langkah 1 : Temubual
Semasa
sesi temu bual secara individu atau kumpulan, saya mengemukakan soalan-soalan
seperti jadual 1 di bawah kepada kumpulan pengurusan dan ketua panitia:
Jadual 1 : Analisis soalan dan jawapan temubual pengetua dengan pengurusan dan
ketua panitia.
Bil
|
Soalan temubual
|
Ya
|
Tidak
|
i.
|
Pernahkan tuan/puan mendapat
pendedahan yang terperinci tentang pengajaran dan pembelajaran abad 21 oleh
mana-mana pihak sebelum ini.
|
|
20
|
ii.
|
Pernahkan tuan/puan mendapat
pendedahan yang terperinci tentang pengajaran dan pembelajaran abad 21
daripada pengetua.
|
|
20
|
iii.
|
Pernahkah tuan/puan mendapat
pendedahan pencerapan pengajaran dan pembelajaran abad 21 daripada pengetua.
|
|
20
|
iv.
|
Adakah pengetahuan pengajaran
abad 21 yang diperoleh sebelum ini boleh menjadikan tuan/puan yakin semasa
melakukan pencerapan dan pemantauan abad 21.
|
|
20
|
v.
|
Adakah tuan/puan bersetuju sekiranya pengetua sentiasa
melaksanakan bimbingan tuan/puan akan berkeyakinan untuk melaksanakan
pencerapan pengajaran dan pembelajaran abad 21.
|
|
20
|
vi
|
Adakah tuan/puan bersetuju
pengetua membiarkan tuan/puan melaksanakan pencerapan pengajaran dan pembelajaran
abad 21 secara bersendirian.
|
|
20
|
Langkah 2 : Pelaksanaan pengurusan pencerapan pengajaran dan pembelajaran
i.
Dalam
mesyuarat pengurusan kali pertama, saya telah membentangkan konsep pencerapan pengajaran dan pembelajaran
abad 21. Selepas mesyuarat tersebut, saya telah mengadakan perjumpaan dan
taklimat kepada kumpulan pengurusan dan ketua panitia memberi bimbingan secara
kusus tentang kaedah yang hendak digunakan melalui pendekatan touch
and go. Taklimat terperinci berkaitan penggunaan kaedah pengajaran abad 21
(gallery walk, quiz-quiz dan jot thought
dan peta i-Think). Taklimat kepada semua guru juga telah diadakan berkaiatan
dengan pendekatan pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah di atas.
Guru-guru perlu mendapatkan maklumat tambahan berkaitan keadah-kaedah tersebut.
ii.
Penolong
kanan diminta untuk mewujudkan jawatankuasa induk untuk merangka jadual
pencerapan dan pemantauan. Beberapa kali perjumpaan dengan pengurusan dan ketua
panitia dilaksanakan bagi menerangkan konsep pencerapan ini agar berjalan lancar
seperti yang dirancang.
iii.
Selepas
jadual dibentuk setiap petang Ahad kumpulan pencerapan akan dipanggil untuk
diterangkan lagi kaedah pengajaran abad 21 (touch)
dan pencerapan akan dilaksanakan untuk melihat kaedah yang digunakan oleh
guru-guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Pencerapan dilaksanakan
pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis mengikut kesesuaian pemantau (go).
Langkah
3 : Mencari pendekatan terbaik
i.
Sebelum
berlakunya pencerapan, pencerap akan berbincang terlebih dahulu dengan guru
yang hendak dicerap terutama tentang tajuk dan kaedah yang akan digunakan
semasa pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya pencerap tidak menguasai kaeadah
yang akan dilaksanakan oleh guru, kaedah itu akan dibincangkan terlebih dahulu
pada hari Ahad semasa perjumpaan kumpulan pencerap dengan pengetua.
ii.
Proses
pencerapan pengajaran dan pembelajaran berlaku. Apabila pencerap berasa berpuas
hati maka satu kad khas akan diberikan kepada guru tersebut sebagai tanda telah
menguasai dan kad itu perlu ditampal dalam buku rekod pengajaran. Apabila tiba
hari Ahad pencerap akan melaporkan secara ringkas tentang proses pencerapan.
Guru yang sama juga akan dicerap berulang-ulang kali bagi memastikan guru
tersebut menguasai pengajaran dan pembelajaran abad 21.
iii.
Sekiranya
pencerap berpuas hati kad seterusnya akan diberikan kepada guru berkenaan.
Sekiranya guru tersebut telah menguasai melebihi kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang ditetapkan sijil akan dikeluarkan kepada guru berkenaan.
Pencerapan akan beralih kepada guru lain pula yang masih belum dicerap.
5.4 Analisa
Impak Selepas
5.4.1
Analisa Pemerhatian
Berdasarkan
pemerhatian rekod menual selepas sebulan pencerapan dan pemantauan ini didapati
berlaku peningkatan dalam pencerapan dan pemantauan pengajaran abad 21.
Pelbagai kaedah digunakan oleh guru-guru semasa pengajaran dan pembelajaran.
Pemantau berasa seronok kerana dibimbing oleh pengetua manakala guru kelihatan
seronok kerana sentiasa dibimbing oleh pemantau. Guru-guru juga berlumba-lumba
minta dicerap untuk mendapatkan seberapa banyak kad untuk di tampal dalam buku
rekod.
5.4.2
Analisa Temubual
Berdasarkan
temubual dengan 5 orang pengurusan dan 5 orang ketua panitia, didapati
pengurusan pencerapan pengajaran dan pembelajaran dianggap berjaya. Jadual 2
menunjukkan soalan temubual yang telah dilaksanakan.
Bil
|
Soalan temubual
|
Ya
|
Tidak
|
i.
|
Adakan pengurusan pengajaran
dan pembelajaran abad 21 yang dilaksanakan seperti ini membantu proses
pencerapan.
|
10
|
|
ii.
|
Adakan pendedahan yang
diberikan oleh pengetua membantu proses pencerapan.
|
10
|
|
iii.
|
Adakah pendedahan yang
diberikan oleh pengetua menjadikan tuan/puan semakin yakin untuk melaksanakan
pencerapan pengajaran dan pembelajaran abad 21.
|
10
|
|
iv.
|
Adakah tuan/puan bersetuju
untuk berkongsi/membimbing guru-guru lain dalam melaksanakan pencerapan
pengajaran dan pembelajaran abad 21.
|
10
|
|
5.4.3
Analisa Semakan Dokumen
Berdasarkan
dokumentasi yang telah direkod amat significant
dengan hasrat dan hala tuju kepimpinan sekolah dalam meningkatan pencerapan
dan pemantauan pengajaran dan pembelajaran abad 21 di SMK Pengkalan Berangan.
Berdasarkan semakan bilangan pencerapan menunjukkan berlaku peningkatan
bilangan kekerapan pencerapan dalam kalangan pengurusan dan ketua panitia
terhadap pengajaran dan pembelajaran abad 21. Jadual 3 di bawah menunjukkan
bilangan pencerapan yang dilakukan oleh pengurusan dan ketua panitia.
Nama pencerap
|
Bulan
|
Jumlah
|
|||
Jun
|
Julai
|
Ogos
|
Sep
|
||
Pengurusan 1
|
2
|
3
|
3
|
3
|
11
|
Pengurusan 2
|
1
|
2
|
2
|
3
|
8
|
Pengurusan 3
|
2
|
4
|
2
|
3
|
11
|
Pengurusan 4
|
1
|
4
|
4
|
4
|
13
|
Pengurusan 5
|
-
|
1
|
3
|
2
|
6
|
Pengurusan 6
|
3
|
1
|
3
|
2
|
9
|
Pengurusan 7
|
4
|
1
|
4
|
2
|
11
|
Pengurusan 8
|
2
|
2
|
2
|
2
|
8
|
Pengurusan 9
|
1
|
3
|
2
|
4
|
10
|
Ketua Panitia 1
|
1
|
1
|
2
|
2
|
6
|
Ketua Panitia 2
|
2
|
2
|
2
|
3
|
9
|
Ketua Panitia 3
|
2
|
2
|
2
|
2
|
8
|
Ketua Panitia 4
|
1
|
1
|
3
|
2
|
7
|
Ketua Panitia 5
|
2
|
2
|
2
|
3
|
9
|
Ketua Panitia 6
|
1
|
1
|
2
|
2
|
6
|
Ketua Panitia 7
|
1
|
1
|
3
|
2
|
7
|
Ketua Panitia 8
|
3
|
1
|
3
|
2
|
9
|
Ketua Panitia 9
|
1
|
1
|
2
|
2
|
6
|
Ketua Panitia 10
|
2
|
2
|
2
|
3
|
9
|
Ketua Panitia 11
|
3
|
1
|
3
|
2
|
9
|
JUMLAH KESELURUHAN
|
|
|
|
|
|
5.5 Refleksi
Kajian
Setelah
empat bulan pengurusan pencerapan dan pengajaran abad 21 (bermula dari bulan
Jun hingga bulan September) yang dilakukan oleh pengurusan dan ketua panitia
dapatan adalah seperti di bawah:
5.5.1
Berlaku
peningkatan bilangan pencerapan dan pemantauan pengajaran abad 21
5.5.2
Berlaku
penataran kaedah pengajaran dan pembelajaran abad 21 dalam kalangan guru-guru.
5.5.3
Berlaku
penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran abad 21 dalam kalangan guru-guru.
5.5.4
Guru-guru
peroleh keyakinan dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran abad 21.
5.5.5
Fobia
pencerapan dan pemantauan dalam kalangan guru semakin berkurangan.
5.5.6
Berlaku
percambahan ilmu dan PLC
5.5.7
Keseronokan
murid-murid dan guru-guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
6.0 Cadangan
Kajian
Kajian
tindakan yang dijalankan merupakan satu perkara yang harus diteruskan. Hal ini
kerana melalui kajian seperti ini kita semua dapat berkongsi cara dan berkongsi
hasil yang boleh memberikan kebaikan kepada semua. Kajian seterusnya yang akan
saya laksanakan untuk mlihat keberkesanan pengajaran dan pembelajaran abad 21
mempengaruhi peningkatan akademik.
RUJUKAN
1.
Hussein
Mahmood (2008), Kepimpinan dan
Keberkesanan Sekolah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
2.
Janatan
Pendidikan Terengganu (2006), Seminar
Penyelidikan Pendidikan Terengganu 2006, JPNT.
3.
Jeffri
Idris (2013), Kajian Tindakan di Sekolah
: Kepentingan, Peranan dan Strategi Pelaksanaan Kajian Tindakan Kepimpinan
Pendidikan Amalan dan teori, Institut Aminudin Baki.
4. Manual
Kajian Tindakan, Bahagian dan Penyelidikan dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.