Friday, January 8, 2016

MENGAPA SAYA GEMBIRA MENJADI PENGETUA – Saya Boleh Kongsikan Perkara Yang Saya Baca.

Saya gembira menjadi pengetua kerana perkara yang saya baca dapat saya kongsikan dengan pelajar-pelajar. Saya membaca bahan-bahan daripada internet, buku, surat khabar, majalah dan sebagainya boleh saya berkongsi dengan guru-guru dan pelajar-pelajar saya. Buku yang  dibaca oleh pengetua boleh ditunjukkan kepada pelajar-pelajar semasa perhimpunan. Secara tidak langsung dapat menarik minat membaca dalam kalangan pelajar-pelajar. Perkara ini boleh dianggap sebagai salah satu suri teladan yang boleh dicontohi oleh pelajar-pelajar.

Tindakan ini secara langsung mearik minat pelajar untuk turut sama membaca buku dan memberikan impak kepada program NILAM dan merupakan satu aktiviti Kem Membaca 1 Malaysia. Daripada bahan-bahan yang dibaca kita boleh mencari grafik atau bahan yang sesuai sebagai pengukuhan untuk ditampal di dalam kelas atau di ruangan papan kenyataan pengetua. Dalam masa setahun kita telah membaca buku dan sebagainya sebanyak 40 buah dan menghasilkan bahan grafik sebanyak 40 keping.

Banyakan sepanjang kita menjadi pengetua berapa banyak yang kita boleh kongsikan dengan guru-guru daan pelajar. Kita juga boleh kongsikan bahan yang kita baca kepada guru-guru dalam pertemuan mentor dan mentee dalam aktiviti guru penyanyang dan perjumpaan kokurikulum. Buku yang kita baca juga boleh dimasukan dalam splg bagi menggantikan bilangan hari kita berkursus. Membaca ini juga selaras dengan hasrat Menteri Pendidikan yang menyarankan PGB membaca buku sebanyak 3 buah sebulan.

Selain itu tabiat membaca dan berkongsi bahan bukan sahaja menjadikan kita sebagai seorang yang berilmu malahan perhimpunan setiap awal minggu juga lebih terarah kepada perkara yang hendak disampaikan. Betul perkara ini sepeti membebankan kita, namun kita boleh berkongsi dengan pengurusan yang lain. Di sekolah terdapat penolong-penolong kanan, iaitu Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hem dan Penolong Kanan Kokurikulum. Sekiranya dibahagikan 40 minggu persekolahan kita cuma kita perlu menyediakan sebanyak 10 sahaja, iaitu sebanyak satu kali dalam masa sebulan.

Sekiranya membaca merupakan perkara yang berat bagi kita, banyak kaedah yang boleh kita gunakan untuk menjadikannya lebih ringan. Kita boleh rujuk Internet untuk mengetahui cara membaca dengan pantas dan sebagainya. Membaca ini bukan sahaja memberikan ilmu tambahan kepada kita, membaca juga berupaya mengisi masa lapang kita dengan aktiviti yang bermanfaat dan membaca juga merupakan senaman minda buat kita. Tidak salah sekiranya saya katakana guru-guru akan lebih menghormati kita sekirannya kita berilmu dan rajin membaca. Membaca juga menjadikan masa-masa saya sangat berharga.

Thursday, December 31, 2015

Dari ZERO ke HERO

Selamat datang tahun 2016 semoga terbuka lembaran baharu yang membawa impak yang besar. Sudah lama tidak menulis di blog semenjak ada ledakan media sosial yang lain. Tahun 2016 ini dirasakan perlu diperbaharui episod lama dengan wajah baharu. Kebugaran itu harus disegerakan kerana sangat membantu saya dalam masa perkhidmatan saya yang masih berbaki 15 tahun lagi. Moga catatan-catatan yang ditulis ini dapat dibukukan dalam masa yang terdekat. Segala perlakuan hari ini merupakan lintasan yang datang daripada Allah swt untuk hamba-Nya. Beberapa perkara yang ingin ditulis dan berkisar kepada tajuk utam Dari Zero ke Hero atau dari kosong ke 360 darjah

Friday, October 2, 2015

PENGENALAN KEPADA KOMPONAN KESUSTERAAN (Sinopsis, Tema, Persoalan, Watak & Perwatakan, Latar, Nilai dan Penganjaran)

TAJUK : BAHASA MELAYU
SUB TAJUK : PENGENALAN KEPADA KOMPONAN KESUSTERAAN (Sinopsis, Tema, Persoalan, Watak & Perwatakan, Latar, Nilai dan Penganjaran)
MASA : 80 MINIT
TINGKATAN : SATU


LANGKAH-LANGKAH

1.       Pelajar diarahkan berada dalam kumpulan
2.       Minta pelajar perhatikan gambar berikut (5 minit)
3.       Minta pelajar senaraikan perkara yang diperhatikan sebanyak yang mungkin (15 minit)
4.       Minta pelajar membaca catatan dan pelajar lain catat sekiranya perkara yang disebut tidak terdapat dalam cacatannya (15 minit) –Sekiranya ada pembetulan guru membetulkan catatan tersebut.
5.       Guru memberikan penerangan berkaitan aspek-aspek sub tajuk (10 minit)
6.       Minta pelajar simbolkan perkara yang di senarai (5 minit)
7.       Pindahkan maklumat tersebut ke dalam tertas majung – Pengkelasan
8.       Minta pelajar bentangkan
9.       Guru membuat pengukuhan




Description: Image result for naik basikal


















Monday, April 28, 2014

PERADUAN MENULIS ESAI, SAJAK & ARTIKEL SEMPENA HARI GURU 2014.

Tarikh tutup penyertaan pada peringkat JabatanPendidikan Negeri Terenganu 30 Mei 2014.

Thursday, April 24, 2014

TEMA HARI GURU 2014 : GURU : PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI

Tema Hari Guru Tahun 2014 selaras dengan transformasi pendidikan ke arah membangunkan kemahiran abad ke-21 iaitu berfikiran kritis dan kreatif serta menggalakan perkembangan sahsiah murid yang holistik dan seimbang seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Thursday, October 4, 2012

Syembara Puisi Sempena Bulan Bahasa 2012

Seminar Keibubapaan

4 OKTOBER 2012 : Seminar Keibubapaan Menangani Isu LGBT yang dirasmikan oleh YB Dr. Haji Mohd Puad bin Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia bertempat di Stadium Negeri Kuala Terengganu.

BUKU PANDUAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN ABAD 21                              Harga : RM 30 (Termasuk bayaran pos) PM : 01...