Monday, February 20, 2017

1.1.2017 [Ahad]

Hari pertama persekolahan tahun 2017 telah bermula hari ini. Seperti biasa sesi persekolahan pada awal tahun dimulakan dengan perhimpunan hari Ahad yang merupakan perhimpunan yang sangat penting. Perhimpunan hari ini telah dipengerusikan oleh Cikgu Muhamad Nordin selaku guru bertugas pada minggu ini. Perhimpunan hari ini dihadiri oleh DSP Rafi, pegawai perhubungan polis dan juga Puan Rohaida Ngah, pegawai perhubungan sekolah PPDM. Alhamdulillah perhimpunan hari ini berjalan lancar seperti yang dirancangan.
Semasa ucapan sulung, saya menekankan berkaitan perubahan masyarakat di Pengkalan Berangan pada masa depan bermula daripada pelajar-pelajar yang berada di sekolah ini. Semua pelajar diminta untuk membayangkan pada 10 tahun akan datang. Pada masa itu dimanakan pelajar-pelajar berada? 10 tahun akan datang bergantung kepada diri kita dan harus bermula dari sekarang, iaitu hari ini. Jika kita tidak mengambil peluang kita akan ketinggalan. Pelajar-pelajar tidak hanya bersaing dengan pelajar di SMKPB malahan bersaing dengan pelajar-pelajar di seluruh negara. Perkara yang boleh merubah kehidupan kita pada masa depan hanyalah dengan berilmu pengetahuan. untuk menjadi seorang yang berilmu kita mestilah belajar bersungguh-sungguh. Kejayaan yang dimiliki oleh seseorang tidak datang bergolek dan  tidak datang dengan mudah. Setiap kejayaan yang dimiliki oleh seseorang itu hasil daripada pengorbanan yang dilakukan tanpa mengenal erti penat dan lelah. Pelajar-pelajar juga harus bercita-cita tinggi dan mempunyai pemikiran yang besar. Sesuatu perkara itu bermula daripada angan-angan dan seterusnya usaha untuk mencapainya.

No comments:

Post a Comment

BUKU PANDUAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN ABAD 21                              Harga : RM 30 (Termasuk bayaran pos) PM : 01...